Isnin, 9 Ogos 2010

Pengertian Logo

Logo Kampung

Keseluruhan Logo menggambarkan kumpulan muafakat sebagai kumpulan yang sentiasa bantu membantu dalam melakukan dalm sebarang kerja. Logo ini juga menunjukkan setiap ahli di dalam kumpulan melakukan kerja dengan cepat dan tepat.

Bulatan pada logo ini pula menggambarkan setiap ahli kumpulan sentiasa berada di dalam suatu perpaduan dan tiada siapa yang dapat memecah belahkan ahli masyarakat.

Gambar tangan yang berjabat ini pula menunjukkan perpaduan antara satu sama lain. Selain itu juga, ia menggambarkan perpaduan antara sesebuah masyarakat.

Gambar tangan yang sedang memegang buku menunjukkan yang penduduk kampung sentiasa merujuk pada buku atau ilmu pengetahuan ketika menghadapi masalah-masalah kumpulan, kepincangan idea, krisis dan sebagainya.

Dua bulatan menunjukkan kekuatan dimana bulatan pertama sebagai perpaduan dan bulatan kedua sebagai perisai yang melindungi dari ancaman luar, berdasarkan prinsip kerjasama, cekap dan tepat.  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan